Soalan Lazim

Terbuka kepada semua tanpa mengira umur, rizab ovari dan punca ketidaksuburan. Tetapi program ini tidak termasuk pendermaan benih . Pasangan yang memerlukan MESE/TESE (pembedahan untuk mengeluarkan sperma) layak untuk mendapatkan rawatan IVFkasih tetapi perlu membayar kos pembedahan itu.

Pusat kami menawarkan perkhidmatan berikut:

  • Rawatan antenatal sehingga minggu ke- 24
  • Penyiasatan dan rawatan ginekologi
  • Siasatan dan rawatan kesuburan  (IVF, ICSI, FET)
  • Perkhidmatan Andrologi :  Analisis air mani, percubaan penyediaan sperma dan IUI  ( Inseminasi terus ke dalam  rahim )

Kami terdiri daripada pakar fertiliti, kaunselor, pakar sonografi dan embriologi yang berkelayakan tinggi. Kami telah menjalani latihan di pusat fertiliti yang bereputasi.

Program IVFkasih mengambil masa selama 12 – 16 hari termasuk 4 lawatan klinik.

IVFkasih adalah program yang selamat kerana stimulasi yang digunakan tidak agresif. Keselamatan dan toleransi kepada program ini adalah sangat baik kerana kadar kesan sampingan dan risiko “ovarian hyperstimulation” yang sangat rendah .

Keadaan ini sangat jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi jika berlaku ovulasi pramatang atau kualiti telur yang rendah. Kadang-kadang telur-telur tidak dapat disenyawakan atau tidak berkembang dengan sempurna kerana kualiti telur atau sperma yang rendah. Tetapi, dari pengalaman kami , lebih dari 90% pasangan akan mempunyai sekurang-kurangnya satu embrio untuk proses pemindahan kerana kualiti telur selalunya baik apabila stimulasi yang kurang agresif digunakan.

Jika anda masih tidak berjaya setelah 2 kali mencuba, kami akan memberi tawaran untuk percubaan ketiga ( bergantung kepada terma dan syarat )