Tentang IVFkasih

IVFkasih adalah program IVF berkos rendah yang menggunakan pendekatan moden dan inovatif untuk mengurangkan kos perbelanjaan tanpa menjejaskan kadar kehamilan.

IVFkasih ditubuhkan untuk memberi harapan kepada pasangan untuk mendapatkan zuriat. Rawatan kesuburan ini mungkin agak berlainan daripada kebiasaannya.

Kami komited kepada satu kos sahaja, tanpa caj tersembunyi. Program yang mudah . Kos yang minima.

Caj yang di bayar merangkumi: program IVF yang lengkap (stimulasi, pemantauan, prosedur klinikal dan makmal) dan kadar kehamilan yang baik.

Prestasi makmal yang cemerlang amatlah penting apabila kuantiti telur adalah terhad untuk menjana kadar kehamilan yang tinggi. Sumber makmal kami mempunyai satu kumpulan pakar fertiliti, kaunselor dan pakar embriologi yang terlatih, berkelayakan dan berdedikasi tinggi.

IVFkasih akan membawa satu revolusi kepada dunia rawatan fertiliti di Malaysia, dengan menjadikan rawatan kesuburan lebih terbuka dengan harga mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.