Pendekatan yang moden dan berbeza membolehkan kami mengurangkan kos tanpa menjejaskan kebarangkalian kehamilan setanding dengan program IVF biasa.
Dengan menggunakan pendekatan berasaskan masalah, ujian yang tidak diperlukan dapat dielakkan . Ini dapat mengurangkan kos dan masa untuk mencapai kehamilan.
Dengan menggunakan stimulasi yang kurang agresif untuk menghasilkan telur, bilangan suntikan yang diperlukan dapat dikurangkan. Ini menjimatkan kos perubatan dengan dramatik.
Walaupun kuantiti telur yang dihasilkan kurang, tetapi kualiti mereka adalah lebih baik. Stimulasi yang kurang agresif juga membolehkan lapisan dalam rahim menjadi lebih baik untuk menerima telur-telur yang telah disenyawakan.
Kami menggunakan khidmat kepakaran dan makmal dari pusat fertiliti yang bereputasi untuk memastikan persekitaran yang memberangsangkan untuk perkembangan telur-telur yang telah disenyawakan. Ini akan menjana kadar kehamilan yang baik.